BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, 18 August 2011


i love you . . .

Wednesday, 17 August 2011

Cinta Monyet


Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang ku beri tak berharga
Sayang
Kau bermain dengan silang kata
Hingga aku
Benar-benar telah jatuh cinta
Sayang
Sesungguhnya aku tak menduga
Engkau insan
Yang tak boleh ku percaya
Rindu rinduan jadi kenang kenangan
Insan ku sayang kini milik orang
Kasih dan sayang jadi benci dan dendam
Dimanakah setia mu
Dimanakah rindu mu
Aku kau panggil sayang
Dia kau panggil sayang
Mana satu mahu mu
Kau berikan ku rindu
Kau berikannya cinta
Oh.. ku tak tahu
Tergamaknya diri mu
Meracuni jiwa ku
Dalam senyuman
Selamat tinggal sayang
Aku mengundurkan diri

About ??



Cinta membuatkan kita rasa dunia ni kita punya ..
Orang sanggup buat apa saja untuk cinta ..
It is *RIGHT* ??
~i d0n't think s0~  

I Love You , Aku Cinta Kamu


Aku cinta kamu… I love you… Tiga patah perkataan sahaja tapi sekiranya diucapkan kepada seseorang kesannya sangat mendalam. Perkataan ini akan membuatkan seseorang itu tergamam, mencebik atau tersenyum bergantung kepada situasi orang tersebut. Jika dia memang sedang menanti ungkapan ini dia akan tersenyum. Jika dia cinta tapi tidak pernah terfikir untuk mendengar ungkapan ini dia akan tergamam. Jika dia benci dan meluat dengan kita dia akan mencebik.
Ada yang suka dan sering mengucapkan ungkapan ini. Seolah-olah ungkapan ini seperti hanya rutin harian baginya. Ada yang terlalu sukar mengucapkannya, terkelu lidah seolah-olah diletakkan gam apabila cuba mengucapkannya. Bagi mereka ungkapan ini terlalu mahal harganya. Dan apabila mereka mengucapkannya mereka akan komited pada maksud ungkapan ini.
Ada juga yang hanya suka mendengar ungkapan ini daripada kekasih tapi tidak pernah mencuba untuk mengatakan “Aku juga mencintai mu” atau “I love you too” kerana bagi mereka senyuman itu sahaja sudah cukup sebagai jawapan. Janganlah begitu…setiap insan di dunia ini pasti mengharapkan balasan pada ucapan cinta mereka. Senyuman walaupun biasanya menandakan persetujuan tapi juga boleh menyembunyikan seribu satu makna. Maka ucapkanlah cinta sekiranya kita memang cinta. Jangan tangguh lagi kerana kita tidak tahu masih adakah esok untuk kita ..

Cinta Terakhir


Sayang… bukalah pintu hati mu. Biarlah apa yang telah berlaku kau tinggalkan menjadi sejarah. Tidak ku minta kau lupakan sejarah itu kerana sejarahlah yang mengajar kita erti kehidupan hakiki. Namun ku pinta bukalah lembaran sejarah yang baru di hati mu. Penuhkanlah ia dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Aku berjanji sayang tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah itu.
Sayang jangan takut mencuba lagi kerana kegagalan itu bukan untuk selamanya. Bila kita membiarkan ketakutan menguasai hati, kita biarkan kegagalan itu datang lagi.
Sayang… cinta pertama bukanlah cinta yang seharusnya abadi. Jika ia mampu kekal bersyukurlah tetapi bila ia pergi relakanlah. Aku tidak akan mungkin menjadi cinta pertama mu tapi biarkanlah aku menjadi cinta terakhir mu ..

Air (?)


CINTA adalah ibarat air. Kita sangat memerlukannya di dalam hidup namun jika ia ibarat air di lautan ia akan menjadi ombak yang akan mengumbang-ambingkan hidup kita, jika ia ibarat air di kutub utara-selatan maka ia akan menjadi ketulan ais yang membekukan kita, jika ia ibarat air sungai yang mengalir tenang maka ia akan berterusan menghanyutkan kita ke muara, jika ia ibarat air terjun maka akan terhempaslah kita berulang-ulang ke bawah, jika ia ibarat air tasik yang tenang membiru maka kita dalam diam akan menyimpan berjuta keladak di dasarnya. Maka jenis air manakah yang kita inginkan… Carilah mata air yang suci lagi murni…walaupun keluar sedikit demi sedikit tetapi akan melimpahi perigi dan menghilangkan kehausan kita dengan sekali teguk sahaja ..  

Tips-Tips


Bila seseorang jatuh cinta ketika dia sedang berduka kerana kehilangan kekasih hati maka cinta yang tercipta itu bukanlah cinta sebenar melainkan hanya seperti ubat khayal yang bertindak sementara sahaja dan kemudian akan merosakkan hatinya dua kali ganda malah berganda-ganda lagi selepas itu…kerana sesungguhnya kita boleh menipu orang lain tetapi bukan hati kita sendiri. 
Amat mudah untuk kita membuka pintu hati kepada seseorang tetapi teramat sukar untuk kita menutup kembali pintu hati kita kepadanya selepas itu.Betapa indahnya apabila kita mencinta seseorang walaupun dia tidak membalas kembali cinta kita. Tetapi betapa bencinya hati apabila seseorang begitu mencintai kita tetapi kita tidak menyukainya walau sebesar zarah pun. Fikirlah… perasaanya sama seperti perasaan kita… ingin mencintai walaupun tidak dicintai. Hormatilah perasaannya tetapi usahlah memberikan harapan. 

Ucapan


Aku umpama sekuntum mawar,  cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.

Bila Aku Cinta

-Bila Aku Cinta-

Bila dia kata aku suka kamu, aku juga kata ya aku suka kamu juga tetapi sebagai sahabat. Beri masa tali persahabatan ini terjalin.
Bila dia kata aku rindu kamu, aku kata rindu perlu antara sahabat kerana rindu akan memastikan kamu sentiasa ingat pada aku.
Bila dia kata aku sayang kamu, aku kata sepertimana aku menyayangi persahabatan kita perasaan sayang itu memang akan sentiasa kita rasai di kalangan sahabat-sahabat sejati.
Bila dia kata aku cinta kamu, aku kata cinta itu terlalu meluas maksudnya. Selamilah dahulu makna cinta yang sebenarnya sebelum kita bercakap lebih lanjut lagi akan perkataan ini.
Kemudian dia tidak pernah mengatakan apa-apa lagi pada aku. Dia masih sering aku temui, masih menjadi sahabat aku yang paling sejati, masih lagi berseri wajahnya dengan senyuman dan tawa. Tetapi pada suatu hari dia hulurkan sepucuk nota kepada aku dan berlalu pergi tanpa menoleh lagi. Sehingga kini aku tidak pernah melihatnya lagi.
“Aku tahu kau mencintai aku tetapi kenapa kau tidak buktikannya dengan mendekati aku lebih mesra lagi? Kenapa semakin kau mencintai aku semakin kau menjauhkan diri daripada aku? Desy mencintai aku dan setiap masa yang ada dia pasti akan cuba mendekati aku, cuba untuk bersama dengan aku di mana saja aku berada. Tapi kau, semakin aku cuba mendekati diri mu semakin jauh kau tinggalkan aku. Kenapa? Aku sudah letih dari terus cuba untuk mengenali dan memahami dirimu. Mungkin memang kau ditakdirkan bukan untuk aku…”
Begitulah kata-kata akhir dari dia dan aku telah kehilangan sesuatu yang begitu aku inginkan sebenarnya. Aku sendiri tidak memahami kenapa aku bertindak sedemikian tapi apa yang aku tahu bila aku menjauh maksudnya aku cinta…   

Madah Bercinta

*C I N T A*


Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat ..